Setelah sekian lama, inilah masanya untuk aku meng'update'kan fp ni. Kini sudah hampir 2 bulan aku berhijrah ke kota besar KL ni. Masih sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan kota.
Kini aku boleh berbangga kerana ada insan di office memberi kepercayaannya kepadaku untuk mencorakkan baju melayu teman lelakinya. Inilah pelanggan pertamaku sejak aku mula dengan BE ni. Terima kasih di atas kepercayaan nya.
Pelanggan ku ini inginkan corak selain dari flora dan abstrak. So aku fikir corak dedaun ni sesuai dengan lelaki. Mungkin persepsi aku ni salah. Apa pandangan rakan2 ku sekalian? Selepas ni ada lagi 1 pasang baju yang ingin aku sulamkan. Insyallah akan aku updatekan bila selesai nanti. Nantikan kemunculannya.