<description><![CDATA[Seperti yang dijanjikan ini lah baju kedua tempahan rakan sekerja. Beliau minta aku sulamkan matahari pada baju ini. Tak mahu sulam ikut bunga. Oleh kerana permintaannya begitu, inilah hasilnya. Enjoy. Harap beliau menggemarinya. 
<description><![CDATA[Setelah sekian lama, inilah masanya untuk aku meng'update'kan fp ni. Kini sudah hampir 2 bulan aku berhijrah ke kota besar KL ni. Masih sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan kota. 
Kini aku boleh berbangga kerana ada insan di office memberi kepercayaannya kepadaku untuk mencorakkan baju melayu teman lelakinya. Inilah pelanggan pertamaku sejak aku mula dengan BE ni. Terima kasih di atas kepercayaan nya.
Pelanggan ku ini inginkan corak selain dari flora dan abstrak. So aku fikir corak dedaun ni sesuai dengan lelaki. Mungkin persepsi aku ni salah. Apa pandangan rakan2 ku sekalian? Selepas ni ada lagi 1 pasang baju yang ingin aku sulamkan. Insyallah akan aku updatekan bila selesai nanti. Nantikan kemunculannya.
<description><![CDATA[Assalamualaikum, Selamat Kembali. Dah lama juga tak upgrade/upload projek terbaru di sini. Almaklum busy sikit dengan tugas. Tapi tak lama lagi bye-bye lah kerja di sini. Bulan depan aku akan berpindah ke KL. Memulakan tugas di tempat baru. Alhamdulillah apa yang ditunggu akhirnya dapat juga. Itulah kata orang rezeki anak2. 
Ini lah projek baru aku. Aku meng'upgrade' kan baju lama. Saja nak menajamkan lagi skill aku. Nanti kalau lama tak diasah, takut tumpul pula... Sebarang komen, dialu2kan. 
Aku hanya jait di lengan sahaja. So, enjoy.
diana - boleh saja. kita kongsi idea. ]]></description>
<description><![CDATA[Ini ada beberapa tudung ekin yang i sulamkan manik di awning. Tudung2 ni sebenar for sale. Sesiapa berminat bolehlah contact i. 
<description><![CDATA[Salam dan selamat pagi. Ini entry terbaru saya. Baru keluar dari oven semalam. Actually ni adalah cubaan pertama saya membuat manik tabur, teknik sisik ikan dan buah beri. Mungkin perlu diperbaiki lagi. Almaklum lah, saya ni tidak pernah menghadiri mana2 kelas. Semua dibuat dari pemerhatian dari gambar2 kawan BE di fotopages. Terima Kasih. Sudilah kiranya memberi kan komen untuk percubaan saya ini ya. 
<description><![CDATA[Sudah lama tak update fp ni. Busy dan tak sempat nak menyulam. Ni ada 2 projek terbaru yang aku buat baru2 ni. Simple je. Tapi puas hatilah. Saje try2 jait kat tudung. Ni lah hasilnya. 
<description><![CDATA[Ini adalah antara yang dah siap. Baju adik bongsuku. Bajunya cuma ada corak orchid sekuntum sekuntum. So tak ada apa yang terfikir di kotak idea. Cuma ini saja. Hujungnya dijahit pintalan. Kemudian dijahir pula sekuntum bunga 5 kelopak ikut corak baju. Alhamdulillah. Kenalah juga dengan corak bajunya. Dia pun puas hati walaupun simple. Tapi dia cuma mahukan di lengan saja. Jadi inilah hasilnya. 
<description><![CDATA[Sebenarnya seluar leggings ni kepunyaan anak sulungku. Sudah lama siap cuma tak sempat nak diambil gambar dan diupload. Designnya simple saja. Cuma seekor rama-rama di antara bintang yang bergemerlapan. Gembira tak terkata bila Abby lihat seluarnya penuh manik-manik tu. Dia ni memang seorang yang suka dirinya cantik. Habis make-up ibunya di kerjakan nya. Jadi bila baju dan seluarnya ada manik-manik yang lip-lap tu, seronok bukan main lagi. Enjoy sajalah. 
<description><![CDATA[Salam, hari ni tak ada aktiviti sulam-meyulam. Hari hanya dihabiskan bersama anak-anak tersayang. 2 puteri dan satu putera. Inilah aktiviti hari ni. Mandi kolam. Yang besar tu  namanya Nur Abby Fazzlinie (6 tahun - Tadika tahun ini). Yang baring tu, my only putera, Muhamad Aqmal Ashraf (2 tahun 6 bulan - pemalu sikit kalau berdepan dengan kamera). Dan yang paling chubby dan bulat tu Nur Rafika Syazwani (1 tahun 1 bulan). Inilah permata yang tidak ternilai. Masa harus dihabiskan bersama walau sibuk macam mana sekali pun. 
ct = betul tu. gembira sangat sampai tak nak naik. nak berendam lama2.  :-D ]]></description>
<description><![CDATA[Salam, lama i tak update my fp. Almaklum sedang sibuk buat baju ni. Ini baju lama i. Saja nak praktikkan my BE. So, i upgradekan baju plain ni. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Mula2 nak buat pattern lain. Tapi last2 I buat pattern ni saja. Walaupun simple, but i puas hati. Jiran i pun puji cantik. Almaklum kat Batu Pahat ni belum ada orang pakai baju pattern Manjalara ni. Semua yang ada simple2 je. Tu diorang kata cantik. Bila tanya i harga upah jahit ni, I tak tahu nak jawap apa. Iyelah, mana i tahu nak letak2 harga ni. Kalau sesiapa tahu, boleh lah beri i rough idea berapa agak2nya upah jahit ni. 
Minta maaflah gambar kurang memuaskan. Mungkin tak cukup light kot masa ambil gambar ni. Sila beri komen anda ya. 